- Details
- Hits: 488982
Sambutan Hari Guru
Sambutan Hari Guru telah berlangsung pada 16 Mei 2022 dengan tema Hari Guru "Guru Tunjang Sekolah Sejahtera". Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti aktiviti sukaneka, penyampaian anugerah guru dan staf, pertandingan pakaian beragam, acara memotong kek dan jamuan telah diadakan bagi memeriahkan lagi majlis disamping mengeratkan hubungan silaturahim antara guru, staf dan murid SK LKTP Belitong.
Bantuan Awal Persekolah
Bantuan Awal Persekolah telah diadakan pada 14 Februari 2022 sebanyak RM150 kepada keluarga berpendapatan RM3000 ke bawah. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban ibubapa.
Majlis Perpisahan Guru & PPM
Majlis Sedetik Bersama, Seribu Kenangan, Memori Terindah telah diadakan pada 8 Disember 2021 di Orkid Kitchen. Semoga Ustaz Amirul & Pn. Hamizon terus cemerlang di sekolah baru. Jasamu tetap kami kenang selamanya.
Program Jom Wakaf Buku
Program Jom Wakaf Buku telah diadakan pada 21 Oktober 2021 di pintu masuk SKB. Terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini. Semoga ianya mendatangkan manfaat kepada anak-anak murid SKB
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-35
Pada 30 September 2021, Mesyuarat PIBG kali ke-34 telah berlangsung pada pukul 2.00 petang di atas talian.Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membubar dan melantik ajk PIBG sesi 2020/2021. Mesyuarat PIBG ini dapat mengeratkan silaturrahim di antara ibubapa dan guru selain bertukar-tukar pandangan dan pendapat serta mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah berkaitan sekolah. Kehadiran ibubapa amat memberansangkan dan sesi cabutan bertuah juga diadakan bagi menghargai mereka yang telah hadir.
Majlis Persaraan Guru Besar, Pn. Devi Binti Masran
Pada 23-24 Februari 2020 bertempat di Dewan Tun Sri Lanang dan Riyuli Four Season Hotel, Majlis Persaraan Pn. Devi Binti Masran telah diadakan bersama MGB Kluang serta warga SKB. Semoga ikatan ukhwah terus terjalin meskipun beliau telah bersara.
- Details
- Hits: 583027
Pertandingan Tenpin Bowling
Sempena Sambutan Hari Guru & Hari Pekerja 2015, Kelab Keluarga SKB telah menganjurkan pertandingan Tenpin Bowling pada 8 Mei 2015 bertempat di Ampang Superbowl, Kluang Mall. Semoga pertandingan ini dapat mengukuhkan ikatan silaturrahim diantara guru dan staf serta memupuk semangat kesukanan dikalangan warga SKB.
Bengkel VLE Frog
Pada 25 Januari 2015, Bengkel VLE Frog telah diadakan di makmal komputer sekolah. Bengkel ini disampaikan oleh En. Hazanafiq Bin Harun selaku Guru Penyelaras ICT dengan tujuan untuk membantu guru-guru untuk mengakses serta membina dashboard VLE Frog dengan mudah dan cepat.
Kursus I-think 21st Classroom & PLC
Pada 31 Disember 2014, Kursus i-think 21st Classroom & PLC telah diadakan di Dewan Tun Sri Lanang. Bengkel ini disampaikan oleh En. Roslizam Bin Hassan, Pegawai SISC. Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan tentang pengajaran dan pembelajaran abad yang ke-21.
Bengkel HRMIS
Pada 30 Disember 2014, Bengkel HRMIS juga telah diadakan untuk memberi pendedahan kepada semua guru dan anggota kumpulan sokongan tentang Sistem HRMIS dan cara-cara untuk melakukan pengemaskinian rekod peribadi. Bengkel ini disampaikan oleh Pn. Siti Shamsiah Binti Sujangi.
Bengkel Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan
Pada 30 Disember 2014, Bengkel Pelan Pembangunan Profesioanalisme Berterusan telah diadakan di Dewan Tun Sri Lanang dan disampaikan oleh Guru Besar sekolah En. Kadam Bin Sukor. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memastikan semua guru lebih memahami tentang pelan tersebut.
Sarana Ibubapa
Pada 30.4.2014 perjumpaan antara guru-guru dan ibubapa telah diadakan di bilik galeri sekolah bagi penyerahan buku sarana ibubapa.
Pemantauan Nazir LINUS
Seramai 5 orang Nazir telah hadir ke sekolah ini bagi menjalankan pemantauan LINUS bermula 8 pagi sehingga 3 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Pendita Zaaba. Terima kasih atas kerjasama guru-guru yang terlibat bagi membolehkan pemantauan ini dilaksanakan dengan lancar.
- Details
- Hits: 859779
Majlis Perpisahan Pn. Miliyana Binti Johari
Pada 6 Jun 2018 majlis perpisahan Pn. Miliyana Binti Johari, guru penolong SKB telah diadakan di Dewan Tun Sri Lanang. Semoga beliau berjaya dan lebih cemerlang bertugas di sekolah serta bahagia bersama suami tercinta. Kami di sini akan sentiasa mengingati kenangan manis bersama beliau walaupun jarak kian memisahkan.
Majlis Perpisahan Pn. Norayati Binti Kasmani
Malis perpisahan Pn. Norayati Binti Kasmani telah diadakan pada 7 Mac 2018 bertempat di Dewan Tun Sri Lanang. Semoga beliau lebih cemerlang di tempat tugas baru.
Penyerahan Tab Percuma Untuk Guru-Guru
Tab percuma diserahkan kepada guru-guru pada 11 Februari 2018 bertempat Bilik Mesyuarat Pendita Zaaba bagi merealisasikan pembelajaran abad ke-21. Semoga pemberian tab ini menjadi pembakar semangat guru-guru untuk terus memikul tanggungjawab mendidik anak-anak bangsa Malaysia.
Majlis Patah Tumbuh Hilang berganti
Majlis Patah Tumbuh Hilang Berganti telah diadakan pada 26 Disember 2017 bertempat di Hotel Prime City, Kluang sempena pertukaran En. Yusri Bin Jaafar Shah & Pn. Zaiton Binti Sekor ke sekolah lain. Pihak sekolah juga meraikan kedatangan guru baru ke sekolah ini terutamanya Pn. Nor Asiah Binti Mohd Noor & Pn. Siti Zainab Binti Togimin. Semoga kalian terus cemerlang di tempat bertugas yang baru.
Penyerahan Telefon Pintar Yes Altitude 4G Lite
Pihak Kementerian Penddikan Malaysia telah memberikan telefon pintar Yes Altitude 4G Lite kepada semua guru diseluruh Malaysia. Penyerahan telefon pintar diperingkat sekolah telah diadakan pada 9 Mac 2017, Semoga penggunaan telefon pintar dan plan data yang dibekalkan secara percuma itu dapat meningkatkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Lawatan Pengarah Pendidikan JPNJ
Tuan Haji Shaharudin Bin Sharif, Pengarah Pendidikan JPNJ telah membuat lawatan mengejut di SK LKTP Belitong pada 11 Disember 2016. Terima kasih di atas kunjungan tuan serta tunjuk ajar yang diberikan.
Pemantauan & Kunjung Bantu PBS
Pada 4 April 2016, seramai 3 orang pegawai dari JPN dan 4 orang pegawai dari PPD Daerah Kluang telah hadir untuk membuat pemantauan & kunjung bantu Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Tahniah kepada semua guru-guru yang terlibat atas kelancaran semasa pemantauan dijalankan.
- Details
- Hits: 363630
Program Kunjungan & Pertukaran Budaya SDIT, Darul Falah Batam, Indonesia - SK LKTP Belitong
Program Kunjungan & Pertukaran Budaya SDIT, Darul Falah Batam, Indonesia - SK LKTP Belitong telah diadakan pada 19-23 Oktober 2019. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Semoga ikatan ukhwah antara dua negara terus terjalin.
Hari Keluarga 2019
Hari Keluarga SKB telah diadakan di Penyabong Warisan Resort, Mersing pada 19 - 20 April 2019. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti sukaneka, cabutan nombor bertuah, karaoke sentap, penyampaian cenderahati, pertandingan pakaian beragam, sambutan hari jadi dan makan malam. Program ini dianjurkan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara warga SKB.
Majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih Cik Azizah Binti Othman
Kelab Keluarga SKB telah menganjurkan majlis perpisahan untuk Cik Azizah Binti Othman bersama-sama murid-murid, guru-guru dan anggota kumpulan sokongan di Dewan Tun Sri Lanang pada 12 Mac 2019. Semoga ikatan ukhwah yang sekian lama terjalin antara warga SKB terus utuh walaupun beliau telah menjadi GB di SK Seri Manggis. Jasamu akan terus dikenang selamanya.
Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih Pn. Siti Maznah Binti Ahmad
Pada 15 Februari 2019, Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih telah diadakan untuk Pn. Siti Maznah Binti Ahmad kerana telah dinaikkan pangkat menjadi GPK Petang di SK Bandar T6. Jasamu akan dikenang selamanya atas segala budi dan bakti yang dicurahkan selama 19 tahun beliau berkhidmat di sekolah ini.
Makan Malam Lambaian Budi Tautan Kasih
Pada 5 Oktober 2018 Kelab Keluarga SKB telah mengadakan Makan Malam Lambaian Budi Tautan Kasih bertempat di Rumah Citra Sri Pinang, Benut. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua ajk kelab keluarga bagi sesi 2017/2018 dan juga warga SKB atas kerjasama yang diberikan bagi memastikan semua program yang telah berlangsung sepanjang tahun berjalan dengan lancar.
Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih GB Tn. Hj. Hanuar
Majlis hari lahir guru besar, Tn. Hj. Hanuar Bin Misron telah diadakan pada 18 September 2018 bertempah di Dewan Tun Sri Lanang. Semoga beliau bahagia dan lebih cemerlang di sekolah yang baru. Ikatan silaturrahim antara beliau dan warga SKB akan terus terjalin erat. Terima kasih kerana menjadi bos yang terbaik selama di SKB.
Majlis Hari Lahir Guru Besar, YGP PIBG & Guru-Guru
Majlis hari lahir guru besar, Tn. Hj. Hanuar Bin Misron, YDP PIBG, Pn. Mazuin dan beberapa orang guru telah diadakan bertempat di bilik PPKI pada 6 September 2018. Semoga kalian diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan bahagia hingga ke jannah disamping keluarga tercinta.
Majlis Perasmian Biik JQAF
Bilik JQAF SK LKTP Belitong telah dirasmikan oleh Penyelia Pendidikan Islam, PPD Kluang pada 27 Ogos 2018 setelah bilik ini siap dinaiktaraf sebagai bilik bestari sesuai dengan PAK 21.
Majlis Persaraan En. Adam
Majlis Persaraan En. Adam, jaga sekolah SK LKTP Belitong telah diadakan pada 2 Ogos 2018. Terima kasih kepada En. Adam selama berkhidmat di sekolah ini. Semoga En. Adam diberikan kesihatan yang baik, berbahagia di dunia dan juga di akhirat.
Program Lawatan Penanda Aras & Perkongsian Ilmu PAK-21 Jawi
Program Lawatan Penanda Aras & Perkongsian Ilmu PAK-21 Jawi SK LKTP Belitong ke SK Sultan Sir Ibrahim telah diadakan pada 24 Julai 2018. Terima kasih kepada pihak SK Sultan Sir Ibrahim kerana sudi bekerjasama sepanjang program ini dijalankan dan ilmu berhaga yang telah dikongsikan.
Open Office SK LKTP Belitong
Majlis Selamat Hari Raya 'Open Office' SK LKTP Belitong telah diadakan pada 19 Julai 2018. Terima kasih kepada barisan pentadbir dan staf sokongan atas jamuan yang diadakan. Semoga ikatan ukhwah sesama kita menjadi lebih erat.