Program Mandi Wajib
Panitia Agama SKB telah menganjurkan Program Mandi Wajib bagi Murid-Murid tahun 4-6 pada 26 Februari 2020. Semoga program ini dapat memberi pendedahan kepada mereka tentang cara yang betul untuk mandi wajib.
Penyampaian Keputusan UPSR 2019
Pada 21 November 2019 dengan rasminya keputusan UPSR 2018 telah diumumkan. En. Sarif Adli Bin Sidik selaku GPK Pentadbiran sekolah telah menyampaikan slip keputusan dan fail pelajar kepada murid-murid yang terlibat. Tahniah bagi murid-murid yang mendapat keputusan yang cemerlang manakala bagi murid-murid yang kurang berjaya, jadikan kegagalan hari ini sebagai kayu pengukur kejayaan pada masa hadapan.
Pameran Landasan Untuk Kemukakan Intelek Seni (L.U.K.I.S)
Tahniah diucapkan kepada muri-murid tahun 6 dibawah seliaan Pn. Noor Fazliah Binti Mohamed Salis kerana telah merealisasikan Pameran L.U.K.I.S pada 19 November 2019 bertempat di Dewan Tun Sri Lanang. Seramai 5 orang mendapat band 6 dan merangkul 'Amazing Artis Award'.
Hari Anugerah Cemerlang 2019
Hari Anugerah Cemerlang telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Tun Sri Lanang pada 19 November 2019 bagi menyampaikan hadiah dan cenderahati kepada para pelajar yang cemerlang dalam akedemik. Semoga pencapaian pelajar-pelajar SKB dalam akedemik dan kokurikulum terus meningkat agar dapat melahirkan modal insan yang cemerlang.
Persiapan Menduduki UPSR 2019
Memeriksa kehadiran calon-calon UPSR, sarapan pagi, bacaan doa dan taklimat ringkas merupakan rutin yang dijalankan pada 4-10 September 2019 sebelum semua calon melangkah ke dewan peperiksaan.
Kem Kembara Ilmu
Kem Kembara Ilmu telah diadakan pada 19 Jun 2019. Semua murid dari 1 sehingga tahun 6 telah menyertai program ini. Program ini mendorong minat murid-murid untuk belajar sambil berhibur selain mencukil bakat mereka supaya dapat digilap untuk berjaya dalam bidang akademik.
Program 10 Minit Membaca Buku
Program 10minit membaca buku telah diadakan pada 23 April 2019. Semua murid dari prasekolah sehingga tahun 6 perlu membaca sebuah buku. Program ini mendorong semua pihak memulakan seawal 10 minit sebagai tanda komitment terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan seharian.
Majlis Anugerah Pendidikan Khas
Majlis Anugerah Pendidikan Khas telah diadakan pada 25 Oktober 2018 bertempat di Dewan Muafakat Simpang Renggam bagi meraikan anak-anak murid istimewa.
Program Kecemerlangan Jawi
Program Kecemerlangan Jawi telah dilancarkan pada 26 Ogos 2016 bertempat di tapak perhimpunan. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran jawi dalam kalangan pelajar.
Program Bintang
Program Bintang ini diadakan pada 22 Julai 2018 bagi menggalakkan kecermelangan akademik dengan memberikan nasihat dan cenderahati kepada murid yang cemerlang dalam peperiksaan awal tahun dari tahun 1-6.
Hari Terbuka
Hari terbuka sekolah telah diadakan pada 19 Julai 2018 mengikut kelas masing-masing untuk memberikan keputusan akademik dan perkembangan semasa murid-murid di sekolah ini kepada ibubapa/penjaga mereka. Semoga murid-murid SKB terus cemerlang di dunia dan diakhirat.
Dialog Prestasi 2018
Program Dialog prestasi telah diadakan pada 19 Julai 2018 di Dewan Tun Sri Lanang bagi membolehkan perkembangan dan prestasi akademik murid Tahun 6 dapat dibentang dan dibincangkan antara ibubapa dan guru agar segala kelemahan murid dalam pelajaran dapat dipertingkatkan.