Print

 

 

Sukan Tahunan Kali Ke-32

       Sukan tahunan sekolah telah berlangsung dengan jayanya di padang sekolah SK LKTP Belitong pada 29-30 Mei 2022. Rumah Pasukan Zuhal (Hijau) telah merangkul gelaran juara manakala rumah pasukan Musytari (Kuning) menduduki tempat ke-2 dan Marikh (Merah)  pula tempat ke-3. Kehadiran ibubapa telah memeriahkan lagi sukan pada tahun ini. Tahniah kepada semua pemenang dan atlet yang telah mencipta rekod baru. Syabas kepada semua warga SKB atas kerjasama yang diberikan bagi memastikan sukan tahunan 2022 dapat berjalan dengan lancar. 


 

Kejohanan Merentas Desa 2022

      Program Merentas Desa telah berlangsung dengan jayanya pada 12 Mei 2022. Tahniah kepada Rumah Zuhal kerana berjaya bergelar juara pada tahun ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru, staf dan ibubapa atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan kejohanan ini. 



Sambutan Hari Raya 2022  

       Sambutan Jalinan Kasih Aidilfitri telah berjalan dengan lancar pada 16 Mei 2022 di Dewan Tun Sri Lanang. Semoga ikatan ukhwah antara warga SKB terus erat dan diberkati Allah. Pelbagai persembahan dan hidangan disediakan untuk memeriahkan lagi majlis ini.            
                                                         

 
 

Program Ihya' Ramadhan 

       Majlis Perasmian telah diadakan pada 9 April 2022 manakala Majlis Penutup Program Ihya' Ramadhan telah diadakan pada 28 April 2022. Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan ramadhan adalah mengajurkan kutipan derma, pertandingan dai' cilik, tulisan jawi tercantik, dan tadarus Al-Quran, penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim serta majlis khatam Al-Quran.
                                                                                   

 

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 

       Sambutan Maulidur Rasul 2019M/1440H telah diadakan pada 21 Oktober 2021 di atas talian (Google Meet). Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga jalinan kerjasama yang baik ini dapat diteruskan pada masa hadapan.  

   
 

 

    [1/5] >> Muka 2 5

 

Sunday the 27th. . Joomla 3.0 templates. All rights reserved.