Pertandingan Zapin Peringkat Daerah Kluang
Tahniah kepada pasukan sekolah kerana memenangi saguhati bagi Pertandingan Tarian Tradisional Peringkat Daerah Kluang yang telah diadakan pada 12 November 2019.
Hari Sukan Negara
Hari Sukan Negara telah berlangsung dengan jayanya pada 4 November 2019. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti senamrobik, galah panjang, mini sukan, pertandingan beyblade dan bola sepak kertas.
Majlis Penyampaian Anugerah Rambu
Tahniah kepada 6 orang murid yang terlibat dalam Majlis Penyampaian Anugerah Rambu yang diadakan pada 12 Oktober 2019 bertempat di Dewan SMK Seri Machap.
Perkhemahan Prasekolah
Perkhemahan prasekolah telah diadakan pada 30 September 2019 di SKB. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memupuk jati diri yang hebat dan semangat kerjasama secara berkumpulan. Semoga program ini dapat memberikan manfaat dan pengalaman yang berguna kepada murd-murid prasekolah.
Sambutan Hari Kemerdekaan
Sambutan Hari Kemerdekaan telah diadakan pada 31 Ogos 2019, manakala majlis penutupan bulan kemerdekaan telah diadakan pada 15 September 2019 di Dewan Tun Sri Lanang. Semoga keamanan dan keharmonian negara terus dipelihara dan dihargai terutamanya generasi masa muda.
Pertandingan Boling PPKI Daerah Kluang
Tahniah kepada murid-murid PPKI dibawah bimbingan Pn. Mazlina dan Pn. Siti Hajar kerana menduduki tempat ke-4 bagi pertandingan boling PPKI Daerah Kluang yang berlangsung pada 27 Ogos 2019 di Ampang Super Bowl, Kluang.
Pelancaran Bulan Kemerdekaan
Pelancaran Bulan Kemerdekaan telah diadakan pada 7 Ogos 2019 bertempat di Dewan Tun Sri Lanang. Pelbagai aktiviti dianjurkan sepanjang bulan kemerdekaan ini seperti kelas tercantik, pakaian beragam, pertandingan mewarna dan sebagainya. Semoga semagat patriotik dapat disemai di dalam diri pelajar.
Karnival PPIM Daerah Kluang
Tahniah kepada murid-murid yang mewakili sekolah dalam Karnival PPIM Daerah Kluang pada 1 Ogos 2019 di SMK Belitong terutamanya murid yang memenangi tempat ke-2 bagi kategori capteh & ke-3 bagi kategori ceper. Kepada murid-murid yang tidak berjaya dalam lain-lain acara, jangan putus asa, tingkatkan usaha dan cuba lagi pada masa akan datang.
Korobori
Syabas diucapkan kepada murid-murid dan guru-guru SKB yang telah berjaya mengikuti Korobori 2019 pada 23-25 Julai 2019 di SMK Pagoh, Muar.
Ujian Pengakap Kanak-Kanak Daerah Kluang
Seramai 22 orang murid dari Persatuan Pengangkap SKB dibawah seliaan Pn. Noorfazliah serta dibantu oleh Pn. Hanita, En Mohd Yazid dan Cik Jalilah telah menyertai Ujian Pengakap Kanak-Kanak Daerah Kluang ini pada 17 Julai 2019 di Taman Rekreasi Gunung Lambak. Tahniah kepada yang terlibat kerana memperolehi 5 pingat emas, 6 pingat perak dan 5 pingat gangsa.
National Scout of Johor Nature Camping
National Scout of Johor Nature Camping 2019 telah diadakan di Kompleks Rakan Muda Sukan Air & Udara, Desaru pada 3-6 Julai 2019. Seramai 4 orang peserta dari SKB telah menyertainya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pn. Noor Fazliah Binti Mohamed Salis selaku guru pembimbing dan murid-murid yang terlibat kerana mengharumkan nama sekolah di peringkat antarabangsa.
Program Marhaban Sekolah
Program marhaban pada bulan syawal telah menjadi aktiviti tradisi bagi warga SKB kerana melalui program seperti ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kami. Melalui program ini, kami dapat saling bermaaf-maafan dan ziarah menziarahi disamping dijamu dengan pelbagai hidangan lauk pauk dan kuih muih yang enak-enak belaka.
Hari Keusahawanan
Hari keusahawanan telah diadakan pada 28 April 2019 bertempat di dataran SKB. Tahniah dan syabas kepada semua guru dan staf yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.
Founders Pegakap Peringkat Daerah Kluang
Tahniah diatas penglibatan murid-murid yang mewakili sekolah untuk Founders Day Pegakap telah diadakan di SK Kampung Chamek pada 16 Mac 2019.
Girl Scouts
Tahniah diatas penglibatan murid-murid yang mewakili sekolah untuk Girl Scout telah diadakan di Sava Hill Resort pada 9-11 Mac 2019.
Program Perkhemahan Jati Diri Bersepadu
Badan beruniform Bulan Sabit Merah, TKRS, Puteri Islam dan Pengangkap sekolah telah terlibat dengan Program Perkhemahan Jati Diri Bersepadu yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah pada 19 November 2018.
Kem Memorabilia Johor & International Regional Fellowship Jamboree 2018
Seramai 7 orang murid dibawah pimpinan Pn. Noor Fazliah Binti Mohamed Salis telah menyertai Kem Memorabilia Johor & International Regional Fellowship pada 17 - 20 November 2018. Kem ini diadakan di Kem Jubli Intan, Tanjong Labuh, Batu Pahat. Tahniah diucapkan kepada wakil pasukan pengakap sekolah kerana membawa nama sekolah ke peringkat antarabangsa.
Kursus Kenaikkan Pangkat Koperal TKRS Daerah Kluang
Seramai 2 orang pelajar telah menjalani kursus kenaikkan pangkat Koperasl TKRS Daerah Kluang pada 11-14 November 2018 di Kolej Rahman Putra, UTM Skudai. Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid yang telah berjaya menamatkan Kursus Sarjan TKRS.