Kejohanan Balapan & Padang MSSJ
Syabas diucapkan kepada wakil murid-murid SKB dibawah pimpinan En. Hanuar Misron dan Pn. Rohiza Binti Khamis kerana berjaya membawa pulang pingat 2 emas, 1 perak dan 5 gangsa dalam Kejohanan Balapan & Padang MSSJ bertempat di Stadium Muar pada 9 - 11 November 2017.
Larian Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan
Larian sempena sambutan hari kemerdekaan bersama Milo telah diadakan pada 22 Ogos 2017. Semoga program ini dapat memberikan kecergasan dan kecerdasan kepada murid dan terus mengamalkan amalan kehidupan yang sihat pada masa hadapan.
Pertandingan Hoki 2017
Tahniah diucapkan kepada pasukan hoki SKB dibawah bimbingan En. Fadly dan Cik Miliyana kerana usaha dan kerja keras dalam Pertandingan Hoki MSSD 2017 pada 20 April 2017 yang berlangsung di Universiti Tun Hussein Onn. Meskipun tidak dapat mempertahankan gelaran naib juara pada tahun lepas tetapi anda tetap juara dihati kami. Semoga pasukan hoki sekolah terus bangkit dan melakar kejayaan di pertandingan pada masa hadapan.
Program Coding School Fasa 1
Program Coding School telah diadakan di makmal komputer sekolah pada 7-8 April 2016. Program anjuran Startup Malaysia ini melibatkan seramai 30 orang murid dari tahun 4-6. Program ini mendedahkan para peserta kepada kod-kod pengaturcaraan komputer bagi menghasilkan sebuah laman sesawang. Laman sesawang yang terpilih akan dinilai dan dipertandingkan diperingkat negeri.
Program Coding School Fasa 2
Program Coding School telah diadakan di makmal komputer sekolah pada 11-12 Mei 2016. Program anjuran Startup Malaysia ini melibatkan seramai 30 orang murid dari tahun 4-6. Program ini mendedahkan para peserta kepada kod-kod pengaturcaraan komputer bagi menghasilkan Aplikasi Mobile. Aplikasi Mobile yang terpilih akan dinilai dan dipertandingkan diperingkat negeri.
Pertandingan MTQ 2015
Tahniah kepada Ustaz Yazid dan murid-murid yang telah mewakili sekolah untuk Pertandingan MTQ di SK Ulu Pengeli pada 5 Mac 2015. Mereka telah menyandang gelaran juara dan sekaligus mengharumkan nama baik sekolah.
Pertandingan Sepak Takraw Peringkat Negeri Johor
Tahniah diucapkan kepada Mohd Syazwan Bin Razak, pelajar SKB yang mewakili Daerah Kluang ke Pertandingan Sepak Takraw di peringkat Negeri Johor yang telah berlangsung di Mersing pada 19-21 Jun 2014. Syabas kepada pasukan Daerah Kluang kerana telah menjuarai pertandingan tersebut.
Pertandingan Acara Berirama Peringkat Negeri Johor
Tahniah diucapkan kepada pasukan Acara Berirama sekolah dibawah bimbingan Puan Noorfazliah, Puan Siti Maznah dan Puan Hamizon kerana telah berjaya menduduki tempat ke-3 dalam Pertandingan Acara Berirama Peringkat Negeri Johor yang berlangsung di MRSM Sultan Iskandar pada 19.6.2014.
Hari Anugerah Kokurikulum
Hari Anugerah Kokurikulum telah diadakan pada 7.11.2013. Sempena hari tersebut acara sukaneka telah dijalankan. Murid-murid yang terlibat adalah dari tahun 1 hingga tahun 6. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pn. Rubiah Binti Dahalan selaku GPK Kokurikulum.