Print

 

   

  

Johor School Open Mini 4WD Race 2018 

      Tahniah kepada wakil murid yang telah memduduki tempat ke-8 dalam pertandingan Johor School Open Mini 4WD Race pada 28 April 2018, bertempat di SMK Jalan Kota Tinggi.           
                                                         



Pertandingan Scrabble Daerah Kluang

        Pertandingan Scrabble Daerah Kluang telah diadakan di SK Cannosian Convent, Kluang pada 17 April 2018. Tahniah diatas penglibatan murid yang mewakili sekolah walaupun sekadar menerima saguhati. 



Pesta Pantun Daerah Kluang

        Pesta Pantun Daerah Kluang telah diadakan di SK Abdul Rahman Yassin, Kluang pada 14 April 2018. Tahniah diatas penglibatan murid-murid yang mewakili sekolah walaupun sekadar menerima saguhati. 



Karnival Bahasa Melayu Peringkat Zon Renggam Layang

       Karnival Bahasa Melayu Peringkat Zon Renggam Layang telah diadakan pada 11 April 2018 di SK Bandar T6. Tahniah diatas penglibatan murid-murid yang mewakili sekolah walaupun sekadar menerima saguhati. 


Karnival Pendidikan Islam Peringkat Zon Renggam Layang

       Tahniah dan syabas diucapkan kepada wakil sekolah yang telah merangkul johan nasyid, tempat ke-3 bagi kategori tilawah Al-Quran lelaki dan pertandingan bercerita dalam Karnival Pendidikan Islam Peringkat Zon Renggam Layang telah diadakan pada 6 Mac 2018 di SK LKTP Belitong.



 Kejohanan Olahraga Balapan & Padang Peringkat Zon Renggam Layang

       Tahniah diucapkan kepada wakil pasukan olahraga sekolah kerana telah berjaya merangkul gelaran johan 100m bawah lelaki 11 dan naib johan lontar peluru lelaki bawah 12 dalam Kejohanan Olahraga Balapan & Padang yang berlangsung pada 22 Februari 2018 di SMK LKTP Belitong.



Kejohanan Badminton MSSD Renggam Layang 2018

       Kejohanan Badminton MSSD Renggam Layang telah diadakan pada 4 Februari 2018 di SJKC Layang, Tahniah dan syabas diucapkan kepada 2 orang wakil pasukan badminton sekolah kerana layak untuk beraksi ke peringkat separuh akhir.



Pogram Pengantarabangsaan TKRS & Kebudayaan Negeri Johor

       Program Pengantarabangsaan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) & Kebudayaan Negeri Johor bersama Pramuka Sdn 011 & Kebudayaan Sdn 008, Kota Batam, Indonesia 2018 telah diadakan di SK Bandar T6 pada 11 Februari 2018. Tahniah kepada Muhamad Farez Farkhan Binti Fadzli dan Nurfara Syuhada Binti Mohamed Yasa atas lantikan sebagai Lans Koperal. Semoga anda berdua terus cemerlang dan gemilang pada masa hadapan. 

  

  Sambutan Maulidur Rasul Anjuran Parlimen Sembrong

       Sambutan Maulidur Rasul anjuran Parlimen Sembrong telah diadakan pada 21 Januari 2018 di Majid An-Naim sekolah-sekolah di Felda Ulu Belitong dan Felda Bukit Tongkat serta Tabika Kemas turun sama memeriahkan Sambutan Maulidur rasul pada tahun ini. Semoga ikatan ukhwah sesama kita dapat dieratkan. 

   

 

 

[4/5] >> Muka 1 5